Pandelela tidak sabar beraksi di Siri Terjun Dunia - Utusan Malaysia

Pandelela tidak sabar beraksi di Siri Terjun Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Feb. – Pemenang pingat perak dan gangsa Olimpik, Pandelela Rinong tidak sabar turun ke kolam untuk melakukan terjunan di kejohanan pertamanya pada tahun ini.

Pandelela bersama skuad terjun negara yang lain kini berada Sagamihara, Jepun, bagi menyertai Siri Terjun Dunia FINA yang bakal berlangsung pada 1 hingga 3 Mac.

“Sangat teruja untuk beraksi kerana kejohanan lebih seronok berbanding latihan. Harap dapat buat terbaik di Jepun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya sertai dua kategori individu dan seirama wanita 10 meter,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pandelela akan menyertai dua acara di Siri Dunia itu, iaitu individu platform 10 meter wanita dan seirama wanita 10 meter berpasangan dengan Nur Dhabitah Sabri.

Untuk rekod, penerjun kelahiran Sarawak itu berjaya mengukir nama di peringkat antarabangsa dengan meraih gangsa pada Sukan Olimpik 2012 di London dan perak (Rio de Janeiro 2016). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN