JITRA 2 Feb. – Malaysia dan Singapura masih lagi berunding mengenai bayaran pampasan susulan penangguhan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah. Katanya, sebarang kenyataan mengenai perkara itu hanya akan dikeluarkan selepas kedua-dua negara mencapai kata putus dan dimuktamadkan. “Penangguhan projek HSR melibatkan perbincangan antara kerajaan dengan kerajaan (G2G), saya ingat kita tunggu kenyataan rasmi yang akan dikeluarkan. “Bila kami bersedia dan…










