Pakir PPj tidak dikenakan SST - Utusan Malaysia

Pakir PPj tidak dikenakan SST

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 17 Feb. – Perbadanan Putrajaya (PPj) telah mengarahkan syarikat pengendali kawasan letak kereta atau pakir di Putrajaya menarik balik pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak enam peratus yang sepatutnya berkuat kuasa pada 15 Februari lalu.

Presiden PPJ, Datuk Dr. Aminuddin Hassim, pelaksanaan SST sebanyak enam peratus yang dikenakan di kawasan pakir kelolaan PPj tidak pernah dibincangkan dan ia merupakan keputusan yang ambil secara bersendirian oleh syarikat swasta (Gets Global Bhd.) yang mengendalikannya.

Beliau berkata, pihaknya hanya menyedari mengenai pelaksanaan cukai tersebut selepas notis dipasang di sekitar Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan pada 13 Februari lalu dan selepas menyedari mengenai perkara itu arahan menarik balik dikeluarkan serta merta.

“Kawasan pakir berkenaan sebenarnya dikendalikan oleh syarikat swasta, apabila mereka mengenakan caj (SST) mereka tidak mengadakan sebarang perbincangan dengan PPj untuk pelaksanaannya. Jadi kita telah minta mereka tarik balik keputusan berkenaan.

“Sekiranya mereka berhajat nak kenakan SST, kita akan mengadakan perbincangan terlebih dahulu dan kita akan berhubung dengan komuniti serta mendapatkan pandangan menteri sebelum pelaksanannya,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Aminuddin menemani Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad dan timbalannya, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh menghadiri Kenduri Rakyat dan Karnival Sukan Wilayah Persekutuan anjuran perbadanan itu di Presint 18 di sini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN