Paip lama antara punca gangguan bekalan air di Selangor - Utusan Malaysia

Paip lama antara punca gangguan bekalan air di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Kerajaan negeri Selangor mendedahkan antara faktor masalah gangguan penyaluran air secara berkesan di negeri ini disebabkan sistem perpaipan yang lama.

Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, bagi tempoh tiga tahun bermula 2015 hanya 400 kilometer (km) sistem perpaipan berjaya ditukar daripada jumlah keseluruhannya sebanyak 27,000 km.

Katanya, gangguan tersebut juga disebabkan kemarau dan pencemaran sungai akibat kemalangan dan sisa buangan (sampah, plastik) daripada manusia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun, kita berjaya mengatasinya dengan kaedah kolam takungan hiliran ‘Off River Storage’ (ORS) di beberapa buah sungai.

“Kolam-kolam takungan itu dibuat di sebelah laluan utama sungai yang membolehkan kita menyimpannya untuk kegunaan semasa musim kemarau dan diuruskan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran serta Lembaga Urus Air Selangor (LUAS),” katanya dalam program bicara minda bersama beliau anjuran Sinar Harian di Kompleks Karangkraf, Seksyen 15 di sini hari ini.

Beliau menegaskan penjagaan dan pengawalan air harus bermula daripada bekalan air bahan mentah sehingga disalurkan kepada pengguna.

Jelas Amirudin, setiap kawasan di negeri ini mempunyai isu tersendiri iaitu air mentah tercemar, pengairan kurang sempurna, pembaziran dan kecurian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×