Paderi Katolik paling kanan disabit kesalahan serangan seksual - Utusan Malaysia

Paderi Katolik paling kanan disabit kesalahan serangan seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE 26 Feb. – Salah seorang penasihat rapat Pope Francis, Kardinal George Pell disabitkan kesalahan serangan seksual terhadap dua budak koir menjadikan paderi katolik paling kanan terlibat jenayah seks kanak-kanak hari ini.

Barisan juri sebulat suara mendapati Pell bersalah dalam satu pertuduhan penganiayaan seksual dan empat serangan lucah terhadap dua kanak-kanak lelaki di Gereja Saint Patrick pada 1990an.

Pell yang kini berusia 77 tahun didakwa memaksa budak lelaki berkenaan yang berusia 12 dan 13 tahun melakukan aksi seks terhadapnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tiada respon daripada Vatican namun Pell kekal pendirian bahawa tidak bersalah.

Menurut peguam Pell, anak guamnya kekal tidak bersalah dan akan meneruskannya serta rayuan telah dibuat terhadap keputusan berkenaan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×