SEREMBAN 4 Feb. – Seorang lelaki Orang Asli yang dilaporkan tidak pulang ke rumahnya di Kampung Kedat, Mantin dekat sini sejak kelmarin ditemukan mati di dalam sebuah parit di perkampungan Orang Asli tersebut petang semalam. AJIS UJANG Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Nor Marzukee Besar berkata, mangsa, Ajis Ujang, 55, dipercayai maut selepas terjatuh ke dalam parit di tepi sebatang jalan di perkampungan itu semasa menunggang motosikal. Menurut beliau,…










