Op Bersepadu: 105 warga asing ditahan - Utusan Malaysia

Op Bersepadu: 105 warga asing ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 24 Feb. – Seramai 105 warga asing telah ditahan dalam satu serbuan menerusi Op Bersepadu Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam yang dijalankan di dua lokasi di sekitar Seksyen 25 di sini pagi tadi.

Serbuan selama tujuh jam bermula pukul 8 pagi itu dilakukan di dua lokasi iaitu di bengkel kereta dan pasar raya di Seksyen 25 dengan kerjasama Jabatan Imigresen Selangor, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Jabatan Pendaftaran Negara.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib berkata, pihaknya telah memeriksa seramai 339 warga asing dan menahan 105 individu yang melakukan pelbagai kesalahan.

“Mereka yang ditahan ialah 55 warga Myanmar, Bangladesh (20), Pakistan (13), Indonesia (12), India (4) dan Nepal (1).

“Kesemua ditahan mengikut Seksyen 6(1)(C) iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan Seksyen 15(1)(C) kerana tinggal melebihi masa, yang mana kedua-duanya di bawah Akta Imigresen 1959,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Baharudin, kesemua mereka dihantar ke Lokap Berpusat Shah Alam untuk siasatan lanjut berhubung dokumentasi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN