Norhisham cedera diserang beruk 20Kg - Utusan Malaysia

Norhisham cedera diserang beruk 20Kg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN 3 Feb. – Seorang pengawal keselamatan di sebuah sekolah di sini cedera di kepala dan kaki akibat diserang serta digigit seekor beruk jantan seberat kira-kira 20 Kilogram dalam kejadian di Kampung Durian Mentangau dekat sini malam semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 8 malam sewaktu mangsa, Norhisham Mohamed Nor, 40, sedang berehat di luar pondok pengawal keselamatan di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Mentangau sebelum diserang beruk liar terbabit.

Menurutnya, sejurus selepas seorang rakan setugasnya keluar untuk membeli makanan dan ketika itu mangsa sedang berehat, dia dikejutkan dengan kemunculan seekor beruk jantan lalu menerkam dan menggigitnya.

“Pada mulanya saya dapat rasa ada benda berbulu dan ketika itu saya ingatkan kucing yang sering berkeliaran di sini tapi apabila diamati saya terkejut rupanya ia seekor beruk jantan seberat kira-kira 20 kilogram.

“Beruk itu kemudian terus terkam ke arah saya lalu berlaku pergelutan, menyebabkan saya terjatuh dan kepala cedera terkena besi penghalang. Tidak habis di situ, beruk itu kembali menerkam saya sebelum haiwan itu berjaya dihalau menggunakan sebatang besi,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN