Nishikori mara ke suku akhir Terbuka Rotterdam - Utusan Malaysia

Nishikori mara ke suku akhir Terbuka Rotterdam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROTTERDAM 15 Feb.- Pemain tenis sensasi Jepun, Kei Nishikori melangkah ke suku akhir Terbuka Rotterdam selepas melakar kemenangan selesa ke atas Ernests Gulbis dari Latvia 6-1, 6-4, sebentar tadi.

Ia adalah kemenangan ketiga yang dilakar pemain nombor satu Asia dan tujuh dunia itu ke atas Gutbis.

Nishikori akan berdepan pemain Hungary, Marton Fucsovics bagi perebutan tempat ke separuh akhir.

Fucsovics mara ke kelompok lapan terbaik hasil kemenangan ke atas Nikoloz Basilashvili dari Georgia 7-6 (7/1), 6-1.

“Perlawanan hari ini lebih baik berbanding perlawanan pertama. Saya berjaya mengembalikan pukulan dengan baik dan membuatkan dia berada dalam keadaan tertekan.

“Set kedua lebih sengit tetapi saya tidak terlalu bimbang. Saya mampu bermain dengan baik hari ini, saya gembira dengan tahap prestasi saya,” kata Nishikori yang memenangi gelaran ke-12 ATP di Brisbane, awal tahun ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN