ROTTERDAM 15 Feb.- Pemain tenis sensasi Jepun, Kei Nishikori melangkah ke suku akhir Terbuka Rotterdam selepas melakar kemenangan selesa ke atas Ernests Gulbis dari Latvia 6-1, 6-4, sebentar tadi. Ia adalah kemenangan ketiga yang dilakar pemain nombor satu Asia dan tujuh dunia itu ke atas Gutbis. Nishikori akan berdepan pemain Hungary, Marton Fucsovics bagi perebutan tempat ke separuh akhir. Fucsovics mara ke kelompok lapan terbaik hasil kemenangan ke atas Nikoloz Basilashvili dari Georgia 7-6 (7/1), 6-1. “Perlawanan hari ini lebih baik berbanding perlawanan pertama. Saya berjaya mengembalikan pukulan dengan baik…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya