Nik Abduh beri keterangan di SPRM Kelantan - Utusan Malaysia

Nik Abduh beri keterangan di SPRM Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan, di sini hari ini berhubung kes wang RM90 juta yang disyaki diterima pemimpin Pas melalui 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas itu yang memakai baju putih serta berkopiah tiba di pejabat SPRM Kelantan dengan memandu sebuah kereta bersendirian pada pukul 10.20 pagi ini untuk diambil keterangan berhubung isu berkenaan.

Beliau juga sempat tersenyum dan melambai kepada petugas media sebelum segera diiringi memasuki bangunan suruhanjaya itu.

Media semalam melaporkan tiga ahli politik dijangka memberi keterangan kepada SPRM, dengan dua daripadanya hadir di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya manakala seorang lagi di Pejabat SPRM Kelantan bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Siasatan terhadap kes terbabit dibuat mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001.

Susulan perkembangan terbaharu itu, Pas mengumumkan pihaknya sedia menyerahkan semua dokumen kewangan parti bagi membantu siasatan SPRM sekali gus membuktikan bahawa dakwaan dilemparkan kepada parti itu adalah tidak benar dan fitnah semata-mata. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN