Nicol mara ke pusingan kedua kejohanan dunia - Utusan Malaysia

Nicol mara ke pusingan kedua kejohanan dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RATU skuasy Malaysia, Datuk Nicol David mara ke pusingan kedua Kejohanan Dunia PSA 2018/2019 selepas menewaskan pemain Mesir, Menna Nasser pada perlawanan pusingan pertama kejohanan yang berlangsung di Chicago, Amerika Syarikat kelmarin.

Pemain berusia 35 tahun dari Pulau Pinang itu yang juga Juara Dunia lapan kali mengambil masa 21 minit menundukkan Menna, 11-3, 11-6, 11-3, menurut laman web kejohanan, psaworldchampionships.com.

Nicol yang merupakan pemain pilihan ke-13 kejohanan akan berdepan pemain pilihan ke-24, Millie Tomlinson dari England pada perlawanan pusingan kedua pada awal pagi ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Cabaran sebenar Nicol sekiranya mara ke pusingan seterusnya ialah pemain pilihan kelima, Camille Serme dari Perancis.

Nicol mula bertanding dalam kejohanan dunia pada 2001 dan memenangi lapan gelaran dunia, gelaran paling banyak dimenangi oleh seorang pemain wanita. Beliau memenanginya pada tahun 2005, 2006, 2008, 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2014.

Baru-baru ini, Nicol mengumumkan akan bersara secara rasmi pada penghujung musim 2018/2019 Persatuan Skuasy Profesional (PSA), Jun tahun ini setelah berkecimpung selama 20 tahun dalam sukan ini.

Sementara itu, cabaran pemain Malaysia yang lain dalam kejohanan itu, Low Wee Wern, Rachel Arnold dan tiga pemain lelaki – Ivan Yuen, Nafiizwan Adnan dan Ng Eain Yow berakhir seawal pusingan pertama. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×