KUALA LUMPUR 12 Feb. – Kesemua 47 rakyat Malaysia yang ditahan di penjara di Poi Pet, Kemboja berada dalam keadaan baik dan telah dibantu dari segi keperluan asas oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Antarabangsa yang berkesempatan mengunjungi mereka, semalam. Ketua NGO Antarabangsa, Datuk Dr. Mustapha Ahmad Marican berkata, dalam pertemuan selama dua jam itu, pihaknya telah mendengar cerita sebenar dari mereka sendiri yang mendakwa dijanjikan pekerjaan di hotel-hotel di Siem…