NGO minta Majlis Raja-Raja ambil tindakan individu hina Nabi - Utusan Malaysia

NGO minta Majlis Raja-Raja ambil tindakan individu hina Nabi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 24 Feb. – Pertubuhan Masyarakat Harmoni Melayu Perak (Harmonis) meminta campur tangan Majlis Raja-Raja dalam usaha membendung penghinaan oleh individu tidak bertanggungjawab terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Presidennya, Datuk Rosli Yang Danian berkata, penghinaan terhadap agama Islam oleh golongan biadap itu dilihat seolah-olah menghina Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam di negara ini.

Katanya, sudah tiba masanya untuk Raja-Raja Melayu memainkan peranan lebih efektif menerusi Majlis Raja-Raja dalam memastikan perbuatan menghina agama Islam tidak berulang.

“Isu seperti ini (penghinaan terhadap agama Islam) perlu dibawa ke Majlis Raja-Raja di mana raja mempunyai kuasa mutlak. Kami merasakan sudah tiba masanya peranan Raja-Raja Melayu dapat dilihat dengan bertindak lebih tegas agar kes sama tidak berulang.

“Kami bimbang apabila isu seperti ini menjadi perkara biasa, kesabaran umat Islam akan terhakis dan dibimbangi akan berlaku suasana yang tidak harmoni dalam masyarakat,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook, Sally Yen yang menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam di Balai Polis Jelapang di sini hari ini.

Difahamkan, muat naik asal telah dibuat oleh pemilik akaun berkenaan pada tahun 2013 dengan 16 laporan polis telah diterima berhubung kes berkenaan sebelum ia tular kembali kelmarin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN