BAITULMUQADDIS 26 Feb. – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan keputusan Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif meletak jawatan sebagai satu ‘perkara yang baik’.
Netanyahu menerusi Twitternya menulis ‘Mohammad Javad kini sudah berhenti. Perkara itu sangat bagus’.
Katanya, Iran tidak akan diberi peluang untuk menghasilkan senjata nuklear selagi beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Israel.
Memuatkan artikel berkaitan…
Iran sehingga kini menafikan banyak dakwaan berhubung usaha negara itu untuk menghasilkan senjata nuklear untuk keamanan sejagat. – AFP











