Nazri disiasat polis kerana menghasut - Utusan Malaysia

Nazri disiasat polis kerana menghasut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Feb. – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz kini disiasat ekoran satu laporan polis yang dibuat terhadapnya atas dakwaan menghasut ketika kempen pilihan raya kecil Semenyih minggu lalu.

Ketua Polis Negara, Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya akan menyiasat dakwaan tersebut rentetan laporan polis yang diterima.

“Saya dah cakap tadi kita akan siasat bawah Akta Hasutan dan kita perlu lengkapkan siasatan cepat. Bila lengkap nanti kita hantar kepada Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan lanjut atau arahan selanjutnya,” katanya.

Fuzi berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sambutan majlis memperingati penubuhan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang ke-63 di Cheras hari ini.

Menurut Fuzi, Ahli Parlimen Padang Rengas itu disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan yang menyatakan menjadi satu kesalahan untuk mempunyai kecenderungan menghasut dan menyebut apa-apa perkataan menghasut. 

Jika sabit pertuduhan, pelaku kesalahan pertama boleh dijatuhkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya sekali. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN