MENERUSI ruangan pojok sebuah akhbar mingguan baru-baru ini, pelakon Nazim Othman dikatakan sedang melayan perasaan selepas sembilan bulan berpisah dengan bekas isterinya, pelakon Bella Dally. Ada segelintir pihak mendakwa Nazim kini dalam keadaan tertekan. Tidak kurang pula yang mengatakan, hubungan Nazim dan Bella berada dalam keadaan kurang baik selepas perceraian. Nazim ketika dihubungi Kosmo! berkata, dakwaan yang dikeluarkan menerusi ruangan pojok berkenaan tidak benar sama sekali. Jelas lelaki berusia 35…









