MILAN 13 Feb. – Napoli menerima tamparan hebat apabila tonggak pertahanan, Raul Albiol terpaksa menjalani pembedahan lutut di London, kata kelab Serie A itu. “Raul Albiol menjalani pembedahan untuk membersihkan tendon patellar di lutut kirinya di Hosiptal Princess Grace dekat London. “Pembedahan berlangsung dengan jayanya, dalam beberapa hari dia akan diperiksa semula,” kata Napoli. Albiol memenangi Piala Dunia 2010 serta dua Kejohanan Eropah (Euro) bersama Sepanyol akan diketepikan sekurang-kurangnya sebulan.…