Najis dadah musnahkan kehidupan - Raja Muda Perlis - Utusan Malaysia

Najis dadah musnahkan kehidupan – Raja Muda Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR 21 Feb. – Raja Muda Perlis menasihatkan masyarakat supaya berhati-hati dan jangan sekali terjerat dengan najis dadah kerana ia akan memusnahkan hidup seseorang.

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, jauhi dari awal dan perangilah dadah habis-habisan secara bersama di segenap peringkat di negeri ini dan jangan hancurkan masa depan diri serta keluarga.


Demikian titah nasihat baginda ketika berkenan berangkat menghadiri program ‘Kayuhan MAIPs Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf (Khas)’ bilangan ke-14 bagi tahun 2019 bersempena dengan ‘Sambutan Bulan Anti-Dadah Kebangsaan Peringkat Negeri Perlis’ yang bermula dan berakhir di Masjid Mahmudiah Bukit Keteri, Padang Besar petang semalam.


Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Perlis, Azizah Ahmad, Pengarah JPN Perlis, Izmi Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.


Turut mengiringi baginda dalam program berkenaan ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Azman Mohd Yusof dan Pegawai Kewangan Negeri, Nasaruddin Abdul Muttalib.


Program itu disekalikan dengan pelancaran kempen ‘Op Sifar Cicir Sekolah’ anjuran Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) peringkat SMK Datuk Jaafar Hassan, SK Bukit Keteri dan SK Batu Bertangkup yang melibatkan kehadiran 250 orang asnaf terpilih menerima sumbangan agihan zakat MAIPs sebanyak RM600 setiap seorang.


Di akhir program Tuanku Raja Muda yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs turut berkenan singgah merasmikan Projek Peningkatan Sosio Ekonomi Asnaf MAIPs berupa perniagaan kedai makan ‘Restoran AHB’ diusahakan oleh Abdul Halim Bakar di Jalan Panggas, Beseri yang pernah mendapat bantuan modal daripada MAIPs sebanyak RM 3,000 sebelum ini. – UTUSAN ONLINE


Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN