KUALA LUMPUR 7 Feb. – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih yakin dan menaruh harapan agar perbicaraan dan penghakiman terhadap kesnya minggu depan berhubung pertuduhan membabitkan syarikat SRC International Sdn. Bhd. (SRC) akan dibuat secara adil. Najib menghadapi tujuh pertuduhan jenayah membabitkan dana milik SRC berjumlah RM42 juta, iaitu membabitkan tiga pertuduhan pecah amanah, satu tuduhan salah guna kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram. Mahkamah menetapkan…










