KUALA LUMPUR – Perodua telah menyerahkan lebih daripada 100,000 unit kereta Perodua Myvi generasi ketiga kepada pelanggan sejak pelancarannya pada November 2017, membuktikan minat dan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap jenama tersebut. Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn. Bhd., Datuk Zahari Husin berkata, pihaknya menyerahkan lebih 1,560 unit model Myvi generasi ketiga secara purata setiap minggu dengan jumlah tempahan bagi model berkenaan kini telah mencecah 150,000 buah. “Antara ciri-ciri yang digemari pelanggan…