KUALA LUMPUR 6 Feb. – Sistem permohonan pinjaman secara dalam talian elektronik, MyAzZahra dijangka memproses lebih daripada RM1 bilion nilai pinjaman pada 2019 dan tumbuh secara eksponen kepada RM3 bilion menjelang 2020. Ketua Pegawai Eksekutif Orion IXL Berhad, Mohamad Shaharul Mohamad Shariff berkata, sekurang-kurangnya 200,000 ahli koperasi akan menggunakan portal itu tahun ini. Menurut beliau, MyAzZahra dibangunkan untuk koperasi dan ahli koperasi Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa). “Pertumbuhan hasil syarikat bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2019 akan dipacu MyAzZahra. Syarikat akan menerima yuran transaksi bagi setiap pinjaman yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya