SHAH ALAM 11 Feb.- Muhammad Adib Mohd. Kassim masih lagi berada di dalam Jentera Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) yang dinaikinya ketika berlakunya insiden di Kuil Sri Maha Mariamman USJ Subang. Menurut saksi ketiga bagi prosiding inkues, Ahmad Shahril Othman, 36, yang merupakan pegawai perubatan dan juga pemandu jentera EMRS daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, ketika jentera Fire Rescue Tender (FRT) berundur buat kali pertama, Muhammad Adib masih…