PARIT 7 Feb. – Dua maut sementara empat cedera dalam kemalangan membabitkan lima motosikal yang disyaki berpunca akibat pergeselan salah sebuah motosikal dengan sebuah motosikal lain di Kilometer 40 Jalan Lumut-Ipoh, awal pagi ini. Kemalangan berlaku kira-kira pukul 1.10 pagi itu menyebabkan Aidil Hakimie Abd Latid, 19, yang membonceng motosikal jenis Modenas Dinamik, maut di tempat kejadian sementara penunggang iaitu abangnya, Muhamad Saufi, 22, seorang anggota tentera, mengalami pendarahan di…










