Mohammad Mentek dilantik Pengerusi SPNB - Utusan Malaysia

Mohammad Mentek dilantik Pengerusi SPNB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Feb. – Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) mengumumkan pelantikan Datuk Seri Mohammad Mentek sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif Syarikat Perumahan Negara Bhd. (SPNB) berkuat kuasa 31 Januari 2019.

Datuk Seri Mohammad Mentek
Datuk Seri Mohammad Mentek 

MKD berkata, Mohammad merupakan Ketua Setiausaha Kementerian, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sejak 2015 dan beliau berkelulusan Sarjana Statistik dari Universiti Minnesota, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Muda Matematik universiti yang sama.

“Jayaselan K. Navaratnam pula dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah SPNB yang baharu berkuat kuasa 8 Februari 2019,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau merupakan Ketua Pengarah (Pegawai Tadbir dan Diplomatik) Jabatan Perumahan Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×