HABUAN. Seorang pemancing, Mohamad Ibrahim, 42, dinobatkan sebagai juara pertandingan memancing Jelajah Pancing Kuala Lumpur (JPKL) di Taman Tasik Metropolitan, Kepong baru-baru ini. Beliau menewaskan lebih 800 peserta selepas mendaratkan ikan patin seberat 11.445 kilogram untuk membawa pulang hadiah RM6,000 berserta barangan iringan produk Igloo-UFL dan Oyoshi. Hadiah disampaikan Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL), Mohamad Nazam Harun.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya