Militan Bako Haram tembak mati enam orang - Utusan Malaysia

Militan Bako Haram tembak mati enam orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIAMEY 2 Feb. – Enam orang terbunuh hari ini selepas ditembak mati oleh kumpulan militan, Boko Haram di sebuah kampung di selatan Niger bersempadan dengan Nigeria.

Seorang penguat kuasa tempatan berkata, penyerang yang berjalan kaki utu membunuh enam orang pada malam semalam di Bague Djaradi iaitu sebuah kampung di komuniti Toumour.

Serangan itu adalah yang terbaharu yang dilakukan kumpulan militan tersebut sejak pemberontakan berdarah pada 2009 itu merebak ke negara-negara jiran yang mendorong tindak baas tentera serantau.

Kumpulan militan telah menyasarkan askar dan orang awam selain turut dipersalahkan kerana penculikan kanak-kanak dan pekerja asing.

Pada Selasa lepas, kumpulan itu dipersalahkan kerana kematian empat orang di Bosso dan membakar beberapa kenderaan.

Menurut sumber tentera, kejadian di Bosso dan Toumour adalah serangan balas selepas tentera membunuh lebih 200 anggota militan tersebut. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN