SOHAG 20 Feb. – Bagi menghadkan jumlah penduduk yang semakin meningkat, kerajaan Mesir memperkenalkan program perancangan keluarga ‘dua anak sudah cukup’.
Lapor Reuters, Mesir yang kini hampir mencecah 100 juta penduduk dilaporkan mengalami pertambahan populasi kira-kira 2.6 juta orang pada setiap tahun. Keadaan ini membuatkan negara itu berdepan dengan masalah bekalan air selain peluang pekerjaan yang terhad.
Presiden Abdel Fattah al-Sisi berkata, dua ancaman terbesar Mesir adalah pertumbuhan penduduk dan keganasan. -AGENSI










