Menteri terdiam seketika ditanya peluang PH di Semenyih - Utusan Malaysia

Menteri terdiam seketika ditanya peluang PH di Semenyih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 26 Feb. – Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof terdiam seketika apabila diajukan persoalan mengenai peluang Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Sabtu ini.

Reaksi spontan Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Perkasa Negara (Bersatu) itu ketika ditanyakan soalan oleh moderator, Tan Sri Johan Jaafar dalam program Bicara Minda, sekaligus mencetuskan pelbagai persoalan mengenai kedudukan calon PH.

Beliau dilihat tiada kata tersebut sekurang-kurangnya 10 hingga 15 saat sebelum kemudiannya memberitahu yakin kerusi Semenyih akan kekal menjadi milik PH.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jika sebelum ini saya berasa kurang yakin tetapi sekarang ini saya yakin yang kita akan menang di Semenyih,” katanya ringkas tanpa menjelaskan apakah asas kepada keyakinan tersebut.

Kepada soalan mengenai kerusi Rantau pula, Mohd. Redzuan berkata beliau belum sempat membuat penilaian terperinci dan tidak dapat menjawabnya secara tepat buat masa ini.

Ditanya Johan mengapa beliau menampilkan dua versi jawapan bagi Semenyih dan Rantau, Mohd. Redzuan berkata, banyak kriteria yang perlu diperhalusi sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.

“Banyak faktor perlu dinilai, soal siapa calon dan sebagainya dan tentu sekali pihak lawan ada senjata mereka, begitu juga kita tetapi ada baiknya kita perlu berhati-hati dalam memberi kenyataan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×