KUALA LUMPUR 12 Feb. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Kemboja, Oknha Datuk Dr. Othsman Hassan telah berjumpa dengan semua 47 rakyat Malaysia yang ditahan di penjara di Poi Pet, kira-kira 446km dari Phnom Penh ibu negara Kemboja, bagi melihat sendiri masalah mereka. Ketua badan bukan kerajan (NGO) Antarabangsa, Datuk Dr. Mustapha Ahmad Marican berkata, dalam pertemuan itu semalam, Othsman telah mendengar keluhan dan kesusahan mereka serta sedia membantu sebarang…