KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook akan mengadakan pertemuan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mencari titik penyelesaian berhubung isu diskaun saman trafik.
Menurutnya, perbincangan itu akan diadakan selepas sambutan Tahun Baru Cina.
“Saya juga bercadang untuk berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya saman trafik dan saman dikeluarkan PBT tidak menawarkan sebarang diskaun,” katanya pada sidang akhbar selepas mengedarkan pek cenderahati kepada 1,000 penumpang tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sempena Tahun Baru Cina di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











