Meninggal dunia ketika gotong-royong - Utusan Malaysia

Meninggal dunia ketika gotong-royong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 1 Feb. – Seorang lelaki rebah dan disahkan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung ketika menyertai aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan jalan di Kampung Keling Limbat, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi ini, Mazlan Hashim, 40-an, yang mesra dipanggil Pok Teh dikatakan sedang memotong rumput di tepi jalan berhampiran tali air sebelum dia secara tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri.

Difahamkan, Allahyarham Mazlan menyertai aktiviti gotong-royong tersebut secara sukarela bersama 10 lagi penduduk kampung seawal pukul 8 pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Awi berkata, arwah kelihatan sihat dan ceria pagi ini, malah sempat bergurau-senda dengan rakan-rakan lain.

“Arwah Pok Teh nampak sihat dan begitu bersemangat mahu bekerja. Dia langsung tak menunjukkan sebarang perubahan sikap.

“Selepas dia rebah dan tidak sedarkan diri, Unit Kecemasan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian yang tiba bersama ambulan kemudian mengesahkan arwah sudah meninggal dunia,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×