panorama alam yang dihiasi dengan bulan purnama pada malam itu membuatkan persekitaran Gua Jinjang Pelamin di Merapoh, Pahang sungguh indah. Pada masa yang sama, alunan bunyi cengkerik di kawasan sekitar juga telah memecah kesunyian malam itu. Dari satu sudut di dalam gua tersebut yang disinari dengan cahaya samar lampu suluh kelihatan seorang wanita sedang menikmati secawan kopi bersama beberapa temannya sambil bersembang sesama mereka. Berbeza dengan malam-malam yang lain, bagi wanita tersebut, Salina Shafie, 30, malam itu memberi satu pengalaman baharu kepadanya. Ketika orang lain memilih untuk bermalam di rumah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya