BEIJING 21 Feb. – Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman atau lebih dikenali sebagai MBS tiba di Beijing hari ini bagi melengkapkan siri kunjungannya ke Asia.
Mohammed dijangka mengadakan pertemuan dengan Presiden China, Xi Jinping dalam kunjungan selama dua hari tersebut sebelum menuju ke Pakistan dan India.
Siri kunjungan tersebut menyaksikan Mohammed ingin mengukuhkan hubungan dengan negara-negara Asia selepas beliau didakwa terlibat dalam pembunuhan Jamal Khashoggi. – AFP










