KUALA LUMPUR 20 Feb. – Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mencipta sejarah tersendiri apabila diiktiraf sebagai sepuluh pemenang Anugerah Bandar Pembelajaran oleh Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu (UNESCO) dalam bidang Pendidikan Sains dan Kebudayaan tahun ini. MBPJ dalam satu kenyataan memberitahu, anugerah tersebut akan disampaikan semasa Persidangan Antarabangsa Bandar Pembelajaran di Medelin, Colombia pada Oktober 2019. “Petaling Jaya terpilih menerima anugerah itu berikutan pencapaian cemerlang dan prestasi bandaraya itu dalam sektor…










