BAGAN SERAI 2 Feb. – Mayat seorang lelaki ditemukan di tepi longkang di hadapan sebuah premis rumah kedai di Taman Bagan Serai, di sini petang tadi. Mayat M. Muthu, 49, dijumpai dalam keadaan tertiarap dan tidak bernyawa oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut. Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Omar Bakhtiar Yaacob berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 2.49 petang dan mendapati terdapat mayat seorang lelaki di tepi…










