Maut digilis treler - Utusan Malaysia

Maut digilis treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 1 Feb. – Seorang lelaki maut akibat digilis treler selepas motosikal yang ditungganginya terbabas ke laluan bertentangan di Jalan Batu Feringghi berdekatan Pantai Miami di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.50 pagi itu, mangsa, Al Jasfuan Arbain@Jais, 26, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Difahamkan, kemalangan itu juga menyebabkan laluan dari Batu Feringghi menuju ke Tanjung Bungah mengalami kesesakan lebih sejam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, kemalangan itu berlaku selepas motosikal jenis Yamaha Lagenda ditunggangi mangsa hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.

KEADAAN motosikal mangsa yang maut akibat digilis treler selepas motosikal yang ditungganginya terba
KEADAAN motosikal mangsa yang maut akibat digilis treler selepas motosikal yang ditungganginya terbabas ke laluan bertentangan di Jalan Batu Feringghi berdekatan Pantai Miami, Pulau Pinang. – UTUSAN ONLINE/ IHSAN POLIS

“Mangsa dalam perjalanan dari Tanjung Bunga menuju ke rumahnya di Batu Feringghi.

“Ketika sampai di lokasi kejadian iaitu kawasan selekoh, motosikal tersebut memasuki laluan bertentangan dan terbabas di bawah treler,” katanya di sini hari ini.

Menurut Che Zaimani, akibat kejadian itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemandu treler berusia 43 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×