PUTRAJAYA 28 Feb. – Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya akan mengetuai delegasi Malaysia ke Majlis Menteri-menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Sesi Ke-46 di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 1 hingga 2 Mac ini. Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan, Majlis Menteri-menteri Luar (CFM) akan membincangkan isu-su politik, ekonomi dan sosio-budaya melibatkan umat Islam bertemakan ‘Session of 50 Years of Islamic Cooperation: Roadmap for Prosperity and Development.’…










