Ma’ruf jawab pihak sangsi kemampuannya - Utusan Malaysia

Ma’ruf jawab pihak sangsi kemampuannya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 25 Feb. – Pidato calon Naib Presiden, Ma’ruf Amin semalam bukan sahaja mencuit hati penyokongnya malah pe­mimpin itu berjaya membuktikan kemampuannya untuk bertanding jawatan tersebut sekali gus mengetepikan andaian ramai yang memandang sinis faktor usia beliau.

Ma’ruf, 75, menyampaikan ceramah beliau semasa majlis Arus Baru Muslimah Indonesia pro Jokowi-Ma’ruf di Istora Senayan di sini.

Beliau sempat menarik perhatian orang ramai apabila membidas pelbagai dakwaan pihak lawan termasuk mereka yang menyifatkannya sudah tua dan dijadikan sebagai alat politik untuk meraih simpati.

Beliau yang dilapor Detik News mengakui dirinya sudah tua, namun faktor itu tidak pernah menjadi halangan untuk berkhidmat kepada golongan muda.

“Ada yang cakap Ma’ruf sudah tua, tapi siapa yang cakap saya masih muda? Semua tahu, malah Jokowi (Presiden Indonesia) pun tahu yang saya sudah tua.

“Namun begitu, saya ingin berbakti kepada bangsa dan negara demi generasi akan datang,” katanya.

Ma’ruf dalam pada itu menafikan dakwaan yang me­ngatakan beliau dijadikan sebagai alat politik sebaliknya menegaskan, penglibatannya dalam politik adalah atas jemputan Jokowi yang sentiasa menghormati ulama.

“Jokowi sentiasa mempunyai rasa hormat terhadap golongan ulama, bukan menggunakan mereka. Saya juga bersedia jadi alat untuk membangun kebaikan dan kemanfaatan buat rakyat,” tambah­nya.

Sementara itu, Ma’ruf turut menyatakan keyakinan beliau untuk memenangi Pilihan Raya Presiden (Pilpres) 2019 yang diadakan April ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN