MADRID 12 Feb. – Pertahanan kiri Real Madrid, Marcelo bersedia untuk meninggalkan kelab itu sekiranya khidmatnya tidak lagi diperlukan tetapi optimis akan terus kekal di Santiago Bernabeu. Bintang Brazil itu mengharungi saat mencabar apabila hanya tampil dalam 12 daripada 23 aksi La Liga musim ini. Sergio Reguilon dilihat menjadi pilihan utama di posisi itu dengan pemain daripada akademi remaja Madrid itu sentiasa mendapat tempat dalam skuad kendalian Santiago Solari. Walaupun…










