Mangsa melecur kemalangan, disahkan meninggal dunia  - Utusan Malaysia

Mangsa melecur kemalangan, disahkan meninggal dunia 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN – Salah seorang mangsa melecur yang terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Jalan Rim Kampung Bukit Kantong di sini semalam disahkan meninggal dunia pagi tadi.

D. Satiskumaran, 27, yang melecur 60 peratus disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Jasin kira-kira pukul 7 pagi ini. 

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Semalam Kosmo! melaporkan, mangsa dan rakannya, D. Sathiamurthi, 31, melecur lebih 50 peratus apabila kereta jenis Proton Wira dinaiki mereka terbakar selepas bertembung dengan sebuah Honda Accord di Jalan Rim Kampung Bukit Kantong di sini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN