Majikan diberi tempoh sehingga 31 Mac - Utusan Malaysia

Majikan diberi tempoh sehingga 31 Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Feb. – Majikan diberi tempoh pemutihan bermula 1 sehingga 31 Mac ini bagi mendaftarkan pekerja dan syarikat mereka dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk mendapatkan perlindungan sepatutnya.

Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, ini bagi membolehkan setiap majikan yang menggaji sekurang-kurangnya seorang pekerja, mendaftar di mana-mana 54 pejabat seluruh negara secara sukarela.

Katanya, jika gagal berbuat demikian sehingga tarikh yang ditetapkan itu, kompaun bernilai antara RM500 sehingga RM5,000 menerusi Ops Kesan 2019 akan dikenakan.

“Kali ini, lebih daripada 500 anggota di seluruh negara akan dikerah untuk operasi besar-besaran bagi mengesan majikan yang la­yak tetapi belum mendaftar menerusi lawatan pintu ke pintu di kawasan terlibat termasuklah luar bandar.

“Sehingga 31 Disember lalu, sebanyak 613,860 majikan aktif berdaftar di bawah Akta 4 dengan seramai 7.17 juta pekerja telah mendapat perlindungan Perkeso kebanyakan yang tidak berdaftar ini yang perniagaan kecil dan kontrak seperti perniagaan kantin sekolah, pembersihan dan sebagainya,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN