Mahkamah tangguh bicara saman barang kemas Rosmah - Utusan Malaysia

Mahkamah tangguh bicara saman barang kemas Rosmah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Feb. – Perbicaraan kes saman sebuah syarikat pemborong barang kemas di Lubnan terhadap Datin Seri Rosmah Mansor yang ditetapkan bulan depan ditangguhkan sehingga polis mengesahkan status 44 barang kemas dalam milikan isteri bekas Perdana Menteri yang didakwa dirampas polis.

Saman berkenaaan difailkan Global Royalty Trading SAL selaku pihak  plaintif tahun lalu bagi menuntut Rosmah memulangkan semua unit barang kemas yang dihantar kepadanya untuk dipilih atau membayar harga semua barangan kemas berkenaan yang berjumlah US$14.79 juta atau hampir RM60 juta.

Pesuruhjaya Kehakiman Wong Chee Lin sebelum ini menetapkan pada 4 dan 5 Mac ini bagi perbicaraan kes tersebut.

Peguam N. Rajivan yang mewakili Rosmah ketika ditemui pemberita berkata, pihak polis mempunyai masa sehingga Mei ini untuk melengkapkan siasatan sama ada 44 barang kemas itu termasuk dalam barang kemas yang dirampas dalam serbuan Mei tahun lalu.

Global Royalty dalam saman yang difailkan pada 26 Jun tahun lalu mendakwa, kebiasaannya pihaknya akan menyerahkan barang kemas kepada pelanggan tetapnya itu untuk dinilai dan akan membeli barangan yang dipilih olehnya.

Pembayaran sama ada dibuat sendiri atau melalui pihak ketiga dan memulangkan baki barang kemas yang tidak dipilih kepada pihak plaintif.

Pihak plaintif men­dak­wa, Rosmah dalam su­rat bertarikh 22 Mei tahun lalu mengesahkan, menerima 44 barang kemas itu namun kini tidak lagi berada dalam miliknya kerana telah disita oleh polis.

Pihak plaintif menuntut enam perintah perisytiharan antaranya, sebagai pemilik sah ke atas barang kemas itu dan harta tersebut tidak berpindah kepada defendan dan perintah mandatori supaya barang kemas dipulangkan kepada pihak plaintif. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN