KUALA LUMPUR 3 Feb. – Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) menjelaskan pihaknya serta Malaysia Airports (Sepang) Sdn. Bhd. (MASSB) tidak mempunyai kuasa menentukan, menetapkan atau mengawal kadar caj perkhidmatan penumpang (PSC) yang menjadi pertikaian Air Asia, baru-baru ini. Syarikat pengurusan lapangan terbang itu berkata, kadar PSC di negara ini berada di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) di bawah Seksyen 46 Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015. “Kadar PSC di…










