MUAFAKAT. Seramai 25 pelajar dari Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Malaysia menceriakan warga Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Anggerik, Kuala Rompin, Pahang apabila bersama-sama menjalankan aktiviti harian di pusat tersebut baru-baru ini. Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UTM, Prof. Dr. Durrishah Idrus, kerja- kerja kesukarelawanan seperti ini merupakan salah satu fokus penting dalam menyokong agenda negara dalam menjadikan ‘universiti untuk masyarakat’ dan agenda universiti untuk memacu kecemerlangan…










