JOHOR BAHRU 3 Feb. – Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) di sini mencatatkan satu lagi rekod baharu apabila mengendalikan 3.52 juta penumpang tahun lalu, peningkatan sebanyak 13 peratus daripada bilangan penumpang pada 2017. Perkembangan itu disumbangkan penumpang domestik dengan peningkatan sebanyak sembilan peratus atau 234,650 penumpang daripada 2.68 juta pada 2017 kepada 2.91 juta pada 2018. Trafik penumpang antarabangsa pula meningkat 37 peratus atau 163,127 daripada 0.44 juta pada 2017 kepada 0.60 juta pada 2018. Pergerakan penerbangan komersial mencatatkan lapan peratus lebih tinggi dengan jumlah sebanyak 32,574 pendaratan dan perlepasan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya