KOTA TINGGI 7 Feb. – Kepala sebuah lori masuk ke dalam gaung selepas merempuh dua buah kereta termasuk yang dinaiki empat beranak hingga mengakibatkan mereka meninggal dunia dalam satu kemalangan di sini tengah malam tadi. Dalam kejadian pada pukul 12.33 tengah malam tadi di kilometer 55 Jalan Kota Tinggi-Kluang dekat sini yang berhampiran Bandar Tenggara, pemandu lori berkenaan dipercayai gagal mengawal kenderaannya sebelum masuk ke laluan bertentangan. Lori berkenaan merempuah…










