Lori ‘gergasi’ burukkan lagi keadaan - Utusan Malaysia

Lori ‘gergasi’ burukkan lagi keadaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Feb. – Kehadiran kenderaan berat melebihi tujuh gandar atau 53 tan di jalan pelabuhan pada waktu tertentu jelas melanggari perintah sekatan berat jalan Persekutuan Jabatan Kerja Raya (JKR) sekali gus menjadi punca kerosakan teruk dan jangka hayat jalan.

Hal sedemikian boleh dilihat apabila treler dan lori lapan gandar yang melalui kedua-dua arah laluan Pelabuhan Barat-Pulau Indah iaitu antara lokasi paling kerap mengalami kerosakan jalan di negara ini me­nyaksikan banyak lokasi di la­luan berkenaan berlubang se­lain turapan mengalami rekahan dan mendap.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kenderaan berat yang terdiri daripada treler, lori, kargo dan kren beroda besar mula berada di atas jalan raya selepas pukul 2 petang hingga lewat petang.

Paling ketara, kekerapan tinggi kenderaan berat melalui kawasan terbabit bukan sahaja memendekkan jangka hayat malah amat berisiko menjadi punca kemalangan kenderaan lain berikutan keadaan jalan yang teruk.

Lebih menyedihkan, usaha membaik pulih lebih kerap perlu dilakukan, namun tidak akan bertahan lama apabila mendapan akan berlaku dalam tempoh singkat sehingga wujudnya takungan air khususnya di kawasan persimpangan lampu isyarat menuju ke pelabuhan barat.

Pemantauan di beberapa kawasan sepanjang jalan tersebut mendapati pihak berkuasa seperti kontraktor tetap mela­kukan kerja-kerja penyenggaraan bagi memastikan struktur jalan serta bahu jalan yang bermasalah dapat dibaik pulih dengan kadar segera.

Kerja-kerja yang mengikut prosedur operasi standard (SOP) sepatutnya lebih tahan lama namun di sebabkan faktor bebanan berlebihan yang menjadi pemangkin kepada kerosakan tersebut, pihak kementerian berwajib terpaksa mengeluarkan kos selenggara yang lebih tinggi dalam tempoh masa yang singkat.

Sudahlah permukaan jalan tidak rata, tinjauan turut mendapati kenderaan berat di­pandu dengan kelajuan tidak masuk akal sekali gus membawa risiko kemalangan tinggi terhadap pengguna jalan raya lain terutamanya motosikal dan kenderaan ri­ngan lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN