Lori bawa asid terbalik di lebuh raya  - Utusan Malaysia

Lori bawa asid terbalik di lebuh raya 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 9 Feb. – Sebuah treler membawa muatan asid nitrik terbalik di Kilometer 270.5 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban di sini pagi tadi. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Mohamad Idris berkata, insiden kira-kira pukul 5 pagi itu menyebabkan dua tong mengandungi bahan tersebut pecah dan tumpah di lokasi kejadian.

“Treler itu mengalami kerosakan dan ditunda oleh sebuah lori penunda. Bagaimanapun tali penarik yang dipasang bagi menunda kenderaan itu terlucut menyebabkan treler berkenaan terbalik.

“Sebanyak 35 tong berisi asid nitrik terjatuh dan dua daripadanya pecah serta tumpah di atas jalan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

TONG mengandungi asid nitrik yang pecah dalam kejadian di Kilometer 270.5 Lebuh Raya Utara Selatan d
TONG mengandungi asid nitrik yang pecah dalam kejadian di Kilometer 270.5 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Seremban hari ini. – UTUSAN ONLINE/IHSAN BOMBA

Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 5.09 pagi.

Menurut beliau,  seramai 12 pegawai serta anggota Balai Bomba dan Penyelamat Seremban termasuk Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) dihantar ke lokasi.

Ujarnya, anggota Hazmat mengambil masa kira-kira dua jam bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan tumpahan asid berkenaan. 

“Kejadian itu tidak mengakibatkan kemalangan jiwa. Kes diserahkan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN