Liverpool lepaskan peluang – Klopp - Utusan Malaysia

Liverpool lepaskan peluang – Klopp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER 25 Feb. – Jurgen Klopp mengakui pasukannya telah melepaskan peluang terbaik apabila Liverpool sekadar mencatat keputusan seri 0-0 menentang Manchester United dalam aksi Liga Perdana Ingge­ris di Old Trafford, semalam.

Liverpool kembali merampas kedudukan teratas Liga Perdana dengan kelebihan satu mata mengatasi pencabar terdekat mereka, Manchester City. Reds hanya berjaya melakukan satu percubaan tepat dan bos Liverpool itu berkata, mereka beraksi di bawah tahap sebenar kerana berdepan beberapa isu kece­deraan.

Kelab Merseyside itu kehilangan Roberto Firmino yang terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan, begitu juga dengan pemain United iaitu Ander Herrera, Juan Mata dan Jesse Lingard.

“Perlawanan yang pelik. Kami bermula dengan baik seperti yang diingini. Kemudian masalah kecederaan mula hadir dan jelas sekali ia menjejaskan rentak permainan kami. Bagaimanapun, pada akhirnya kami perlu akui United bermain sempurna dengan penye­rang dan pemain tengah yang baharu. Kami hilang rentak dan tidak berjaya mengembalikannya.

“Situasi menjadi tertekan. Hanya satu mata kami berjaya kutip. Adakalanya United boleh dikalahkan. Anda perlu melakukannya, namun, kali ini gagal berbuat demikian,” kata Klopp.

Tiada satupun serangan berbahaya yang berjaya dihasilkan ketika menentang United oleh bintang Liverpool seperti Mohamed Salah dan Sadio Mane. Justeru, Klopp menggesa anak-anak buahnya untuk bangkit dalam pertemuan menentang Watford, Khamis ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN